Media sosial gerak kempen solidariti #AtTheEdge
Astro Awani
Julai 25, 2015 20:38 MYT
Julai 25, 2015 20:38 MYT
Baru sehari kempen solidari bersama kumpulan media The Edge, hahstag #AtTheEdge sudah mendapat sambutan.
Hashtag berkenaan diumumkan petang tadi menggesa penggamal media menurunkan tandatangan melalui penggunaan hashtag #AtTheEdge bagi menggantikan nama sendiri.
Hashtag tersebut juga akan digunakan bagi kesemua kempen berkaitan solidariti bersama The Edge termasuk di media sosial.
Hashtag berkenaan sudah mula mendapat sambutan dan mula diguna secara meluas di laman Twitter:
Manakala di Facebook pula, sebuah komuniti yang diberi nama ‘Malaysians Stand in Solidarity with The Edge’ telah diwujudkan.
Setakat ini, kumpulan berkenaan menarik 3,044 ahli.
Sebuah perhimpunan besar bakal diadakan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk media pada Ogos depan di Kuala Lumpur sebagai tanda solidariti bersama kumpulan media The Edge.
NGO tersebut termasuk Gerakan Media Marah (Geramm), Institute of Journalists (IoJ), Reporter Sans Frontiers (RSF), Center for Independent Journalism (CIJ) dan Foreign Correspondents Club of Malaysia.
##AtTheEdge
#Center for Independent Journalism
#CIJ
#Foreign Correspondents Club of Malaysia
#Gerakan Media Marah
#Geramm
#Institute of Journalists
#IOJ
#Reporter Sans Frontiers
#RSF
#the edge