Media Jepun lawat loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi
Astro Awani
November 7, 2013 10:14 MYT
November 7, 2013 10:14 MYT
Hampir tiga tahun selepas gempa bumi dan tsunami yang memusnahkan loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi, media Jepun dibawa melawat tapak bencana itu.
Ia bertujuan memberi gambaran sebenar kepada media sebelum operasi mengalih rod bahan bakar nuklear dari loji reaktor itu dijalankan.
Lalu syarikat tenaga elektrik tokyo Tepco yang mengendalikan loji terbabit mengumumkan untuk mengalih rod bahan bakar di reaktor nombor empat dalam tempoh beberapa hari lagi.
Reaktor nombor empat berkenaan antara tiga reaktor yang musnah selepas bencana pada Mac 2011 itu.
Pengalihan 200 rod bahan api daripada kolam penyejukan itu adalah langkah besar pertama dalam proses penamatan operasi di loji berkenaan.
Pemerhati nuklear Jepun telah memberi amaran operasi itu bakal berdepan kesulitan berikutan terdapatnya sisa runtuhan konkrit di dalam kolam penyejukan selepas bencana itu.
Tepco bagaimanapun tidak menyebut tarikh operasi berkenaan dijalankan.