Media diberi slot janji temu vaksin minggu pertama Jun, ini 5 tumpuan sidang media Menteri Penyelaras PICK
Astro Awani
Mei 27, 2021 19:29 MYT
Mei 27, 2021 19:29 MYT
KUALA LUMPUR: Pengamal media akan diberi slot janji temu suntikan dos pertama vaksin pada minggu pertama bulan Jun, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.
Beliau juga megesahkan sudah menandatangani dokumen mengandungi senarai pengamal media yang akan menerima vaksin itu.
Berikut lima perkara penting sidang media Khairy pada Khamis:
1) Vaksin AstraZeneca akan dimasukkan dalam program vaksinasi arus perdana susulan sambutan menggalakkan orang ramai.
2) Khairy mohon maaf kepada individu yang mengalami masalah ketika membuat pendaftaran vaksin AstraZeneca pada Rabu.
3) Pemberian vaksin dijangka dapat diberikan pada kadar 150,000 suntikan sehari pada Jun ini.
4) Malaysia akan terima lebih 25 juta dos vaksin Pfizer-BioNtech pada suku ketiga tahun ini.
5) Peruntukan RM70 juta liputi pemantauan capaian program vaksin negara.
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
#vaksin
#AstraZeneca
#suntikan
#PICK
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#pengamal media
#slot janji temu