MEASAT-3b berjaya dilancarkan

Astro Awani
September 11, 2014 23:23 MYT
MEASAT-3b berjaya dilancarkan pada jam 6.05 pagi waktu Malaysia
Roket Ariane 5 yang membawa bersama satelit MEASAT-3b berjaya dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana.
Ia dilancarkan pada jam 6.05 pagi waktu Malaysia tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Measat Satellite Systems, Paul Brown-Kenyon, sebelum ini memberitahu MEASAT-3b adalah satelit Malaysia yang paling canggih yang pernah dilancarkan pihaknya.
Ia dihasilkan melalui kerjasama antara MEASAT, Airbus Defence and Space dan Arianespace.
MEASAT-3b dilengkapi 48 transponder Ku-Band berkuasa tinggi bertujuan melebarkan liputan perkhidmatan siaran terus ke rumah (DTU) serta perkhidmatan v-sat meliputi Malaysia, Indonesia, India dan Australia.
Selain MEASAT-3b, roket Ariane 5 turut membawa Satelit Optus 10.
#Airbus #Angkasa Lepas #Astro #MEASAT #Paul Brown-Kenyon