MCMC nafi keluarkan poster amaran

Bernama
Januari 20, 2021 11:11 MYT
MCMC menafikan pihaknya mengeluarkan sebuah poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan tanda pagar #SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan pihaknya mengeluarkan sebuah poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan tanda pagar #SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter.
Dalam kenyataan hari ini, MCMC berkata poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi kesalahan fakta yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas individu yang melanggar amaran berkenaan.
"Pihak MCMC akan terus mengambil langkah-langkah yang wajar bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih," katanya.
-- BERNAMA
#MCMC #poster amaran #SiBodohKauDengarSini #Twitter #penyebaran maklumat tidak sahih #Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
;