McDonald's Malaysia tawarkan pengalaman 'dine-in' terbaik dan selamat
Hafizi Rosli
November 12, 2021 13:20 MYT
November 12, 2021 13:20 MYT
KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia menawarkan pengalaman 'dine-in' terbaik dan merasai semula hidangan bersama tersayang, keluarga dan rakan-rakan.
Ia selepas kebenaran 'dine-in' dibenarkan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk mewajibkan vaksinasi ke atas mereka yang layak, bagi memastikan keselamatan pelanggan dan kru terjamin.
Dalam temu bual bersama AWANI Pagi, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai menjelaskan, kru di restoran itu juga tidak sabar untuk memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan.
"Kita memang sudah lama bersiap sedia untuk buka semula ‘dine-in’ kepada orang ramai. Segala SOP sudahpun ditetapkan dan akan terus dipatuhi, termasuk memastikan semua kru kami lengkap divaksinasi.
"Saya hendak ambil kesempatan ini, mengucapkan selamat datang ke restoran McDonald’s dan nikmatilah hidangan McDonald’s kegemaran anda tanpa rasa risau," katanya dalam program AWANI Pagi.
Jelas Melati, ketika negara dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan fasa-fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara, ia memberi impak kepada operasi restoran apabila 'dine-in' tidak dibenarkan.
Pandu-Lalu, ujarnya, merupakan medium utama untuk pelanggan mendapatkan hidangan McDonald's kegemaran mereka selain membuat pesanan melalui McDelivery yang menghantar makanan terus ke rumah.
"Malah, servis Pandu-Lalu dan McDelivery kami mencatatkan peningkatan pelanggan yang sangat memberangsangkan.
"Walaupun ‘dine-in’ ditutup, kita sentiasa memastikan pelanggan dapat menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka, walau di mana mereka berada," katanya.
Sungguhpun 'dine-in' sudah dibuka, perkhidmatan Pandu-Lalu dan McDelivery katanya masih terus mendapat tempat dalam kalangan pelanggannya.
Ia turut disumbang layanan terbaik oleh kru hospitaliti yang sentiasa memastikan kepuasan, keselesaan serta keselamatan pelanggan menjadi fokus utama.
AWANI Pagi: Pengoperasian semula 'dine-in' di McDonald's