McDonald's komited bantu masyarakat, raikan kanak-kanak

Ehsan A Marisah
Oktober 28, 2021 21:28 MYT
Program Komuniti @ McD dan RMHC menyumbangkan barangan keperluan tidur kepada Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS), pada Isnin. - Gambar McDonald's
KUALA LUMPUR: Program Komuniti McD & RMHC terus komited membantu masyarakat di sekitar lokasi operasinya, dengan tumpuan khusus kepada golongan kanak-kanak.
Sempena Bulan Komuniti Kanak-kanak, McDonald’s dan RMHC memberikan sumbangan tilam dan bantal baharu kepada 25 rumah anak yatim, untuk keselesaan mereka.
Selain itu, bagi menceriakan 12,000 kanak-kanak, 300 restoran McDonald’s turut menganjurkan parti sambutan hari jadi di 400 rumah anak-anak yatim di seluruh Malaysia pada hujung minggu lepas sempena Hari Kanak-Kanak Kebangsaan yang jatuh pada 30 Oktober.
Pengarah Urusan dan Rakan operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, pihaknya berganding bahu menjalankan susun atur rumah Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS), satu daripada 25 rumah anak yatim terpilih dalam kempen tersebut.
Secara keseluruhan, pihaknya telah membelanjakan RM350,000 untuk aktiviti sumbangan keperluan bilik tidur dan parti sambutan hari jadi di 400 rumah anak-anak yatim.
“McDonald’s sentiasa komited memastikan kesejahteraan masyarakat di sekitar lokasi operasi kami dan kami ingin menjadi ‘jiran’ yang prihatin kepada mereka yang memerlukan. Dengan keadaan rumah yang lebih baik, kami berharap dapat memberikan persekitaran yang selesa dan selamat untuk perkembangan kanak-kanak ini.
“Kami berhasrat memberi inspirasi kepada kanak-kanak, dengan membolehkan mereka membesar menjadi individu yang mempunyai cita-cita dan aspirasi, pada masa sama memupuk semangat hidup bermasyarakat yang saling membantu antara satu sama lain,” katanya pada Program Komuniti @ McDonald’s dan RMHC, pada Isnin.
Program Komuniti McD & RMHC | Komited bantu masyarakat sekitar lokasi operasi
Dalam pada itu, kata Azmir, inisiatif yang dilaksanakan sejak 2017 pada setiap Oktober itu adalah bertujuan mendekati kanak-kanak kurang bernasib baik melalui pelbagai inisiatif, antaranya rombongan belajar, lawatan ke wad hospital dan lain-lain.
Dianggarkan 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan setiap tahun di bawah program Komuniti @ McD dan RMHC untuk membantu golongan masyarakat memerlukan di seluruh negara.
“Selain menjamin kesejahteraan masyarakat, kami mahu mewujudkan sebanyak mungkin impak positif dan terus memberi keceriaan kepada seramai mungkin anggota masyarakat.
“Matlamat kami adalah untuk membolehkan golongan masyarakat yang memerlukan tidak berasa terpinggir, dan mereka tahu ada yang sudi meringankan beban mereka. Pokoknya, McDonald’s mahu menjadi tiang sokongan untuk masyarakat setempat,” katanya lagi.
#Mcdonald's #RMHC #Bulan Komuniti Kanak-kanak #program komuniti
;