MCA turunkan 70% calon muda di Selangor
Astro Awani
Mac 20, 2013 07:53 MYT
Mac 20, 2013 07:53 MYT
Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai, parti itu yakin akan menang lebih banyak kerusi di negeri berkenaan dalam pilihanraya kali ini.
MCA akan mengetengahkan hampir 70 peratus calon muda di selangor pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Keyakinan itu berdasarkan kepada peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
MCA yakin untuk memenangi tujuh daripada 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dan tiga daripada tujuh kerusi parlimen.
Pada PRU 2008, MCA menang 2 kerusi di Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek manakala hanya 1 kerusi parlimen di Pandan.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA akan mendedahkan laporan kejayaan dan pembangunan kepada masyarakat Cina.
Ia bagi membolehkan masyarakat Cina dan kaum lain menyedari sumbangan dan komitmen parti berkenaan terhadap pembangunan dan kemajuan negara.