MCA bantah Himpunan Mega RUU 355 anjuran PAS
Astro Awani
Januari 8, 2017 15:23 MYT
Januari 8, 2017 15:23 MYT
MCA menegaskan pendirian membantah rancangan PAS untuk menganjurkan satu himpunan mega bulan depan bagi memberi penerangan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, himpunan tersebut berkemungkinan mencetuskan perpecahan antara kaum.
“Kami menentang himpunan sekiranya ia memecahbelahkan masyarakat dan mencetuskan perpecahan dalam negara,” katanya semasa ditemui media selepas menyertai larian di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) pagi tadi.
Usul persendirian Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk perkukuhkan kuasa Mahkamah Syariah itu dijangka dibahaskan di Parlimen pada Mac ini.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menyifatkan himpunan mega yang dijadual 18 Februari depan itu sebagai medan untuk menghilangkan keraguan dan kebimbangan umum tentang pindaan yang
PAS akan menganjurkan satu himpunan mega untuk memberi penerangan mengenai pindaan itu yang lebih dikenali sebagai RUU355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.
Bercakap dalam sidang akhbar di Shah Alam Sabtu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kata himpunan itu untuk hilangkan keraguan dan kebimbangan rakyat tentang pindaan berkenaan.