MCA alu-alukan Feng Yi dan Fu Wa

Linawati Adnan
Mei 22, 2014 07:31 MYT
Malaysia, panda, Datuk Seri Ong Ka Chuan, MCA, Feng Yi, Fu Wa, China
Penantian rakyat Malaysia bagi kedua-dua panda gergasi di Malaysia berakhir apabila kedua-dua Feng Yi dan Fu Wa mendarat semalam.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan dalam kenyataan akhbarnya berkata, ini menandakan satu sambutan meriah bagi 40 tahun hubungan diplomatik sihat dan kerjasama antara Malaysia dan China serta sambutan bagi 40 tahun akan datang.
"Malaysia adalah negara Asia Tenggara pertama yang mempunyai hubungan dua hala dengan China. Kami telah mengalami banyak cabaran serta kejayaa bersama selama 40 tahun sejak tahun 1974 .
Ketibaan panda gergasi menandakan persahabatan berusia 40 tahun kami. Dengan kepercayaan dan persahabatan ini, seiring, akan mengatasi setiap halangan dan cabaran "
Ong berkata Malaysia telah mengekalkan hubungan yang baik dengan China untuk mengatasi lebih banyak cabaran dan halangan.
"Kami berharap dengan daya tarikan panda gergasi atau ' diplomat bagi tenaga positif ' ini akan menjadikan kami - Malaysia dan China lebih maju dan makmur bagi 40 tahun lagi"
#China #Datuk Seri Ong Ka Chuan #Feng Yi #Fu Wa #Malaysia #MCA #Panda