MBSB Bank tamatkan platform dompet digital 31 Mei
Amanz
April 8, 2024 20:30 MYT
April 8, 2024 20:30 MYT
MBSB Bank, salah satu bank tempatan kini mengumumkan mereka akan menamatkan platform dompet digital mereka, berkuat-kuasa 31 Mei 2024.
Selepas tarikh berkenaan, platform dompet digital mereka tidak boleh digunakan lagi, dan semua baki akan dipulangkan ke akaun pengguna masing-masing.
MBSB menyatakan langkah ini diambil dalam usaha terus mengoptimasikan penawaran digital mereka.
Walaupun platform dompet digital MBSB ditamatkan, namun pengguna masih boleh kekal menggunakan perkhidmatan perbankan M JOURNEY, selain sokongan DuitNow QR untuk transaksi dengan mudah. - Amanz