MBSB Bank bantu pihak berkuasa tumpas sindiket
Kenyataan Media
Jun 25, 2024 10:40 MYT
Jun 25, 2024 10:40 MYT
KUALA LUMPUR: MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) memaklumkan bahawa berikutan siasatan dalaman yang menyeluruh oleh pihak Bank yang mengakibatkan laporan polis dibuat, ia masih lagi membantu pihak berkuasa dalam siasatan agar kes pengeluaran wang yang tidak sah di Kota Kinabalu diselesaikan secepat mungkin.
MBSB Bank berkata, “Keutamaan kami adalah keselamatan dan kepercayaan pelanggan kami dan kini sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan para pelaku dibawa ke muka pengadilan. Semua wang yang dikeluarkan secara tidak sah dari akaun pelanggan yang terjejas sudah dipulangkan."
Kejadian ini melibatkan satu sindiket yang bersekongkol dengan beberapa kakitangan, yang kini dalam tahanan polis. Transaksi pengeluaran yang tidak sah telah diakui menggunakan Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (NRIC) palsu yang diubah suai.
MBSB Bank seterusnya menegaskan bahawa untuk mengekalkan integriti keselamatan perbankan bagi semua pelanggan, ia akan terus bekerjasama dengan pihak polis dalam memastikan mereka yang terlibat menerima hukuman yang setimpal.