MBI tawar diskaun kompaun 75 peratus semua kesalahan trafik
Bernama
Mei 19, 2015 22:38 MYT
Mei 19, 2015 22:38 MYT
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan diskaun kompaun sebanyak 75 peratus atas kesemua kesalahan trafik yang dikeluarkan di bawah Perintah Letak Kereta (MBI) 2005, berkuatkuasa pada 27 hingga 29 Mei ini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Harun Rawi berkata diskaun itu ditawarkan bersempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh ke-27 pada 27 Mei ini dan Pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah.
"Orang ramai boleh mendapatkan tawaran diskaun di kaunter bayaran MBI di Greentown bermula dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang.
"Manakala di Pusat Transformasi Bandar (UTC) kaunter bayaran akan dibuka pada pukul 8 pagi hingga 9.30 malam," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.