IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak menghalang warga kota untuk melakukan aktiviti pertanian dengan menanam sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan yang sesuai di bandar.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, bagaimanapun permohonan kepada MBI perlu dibuat terlebih dahulu bagi tujuan penilaian, selaras dengan garis panduan pertanian bandar dan kebun komuniti bandar MBI.
Di bawah garis panduan berkenaan, katanya MBI membenarkan penanaman tanaman kontan seperti kobis, cili, sawi, terung dan sebagainya di kawasan yang dibolehkan.
Rumaizi menjelaskan, MBI menyambut baik sekiranya ada warga kota yang berminat untuk membangunkan kira-kira lebih 2,000 hektar tanah terbiar di sekitar bandar raya dengan aktiviti berkenaan.
“Baru-baru ini kita ada meluluskan permohonan untuk pertanian bandar di kawasan Pasir Pinji. Pemohon telah memohon untuk menanam cili di atas tanah berkeluasan kira-kira 4,000 kaki persegi.
“Tanah itu merupakan tanah Kampung Baru yang berstatus rumah dan untuk itu, kita minta kebenaran untuk tukar status tanah berkenaan kepada tanah pertanian sementara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Acara ‘Kinta Food Hero’ anjuran Junior Chamber International (JCI) Kinta, Bond Holdings Sdn Bhd dan MBI di sini pada Khamis.
Tambah Rumaizi lagi, ketika ini dianggarkan 100 permohonan untuk pertanian bandar dan kebun komuniti bandar telah diluluskan sejak diperkenalkan dua tahun lalu.
Bagi aktiviti haiwan ternakan, beliau menjelaskan permohonan untuk aktiviti berkenaan juga boleh dibuat namun beberapa kriteria perlu dipatuhi seperti tidak membabitkan kawasan luas dan menimbulkan kacau ganggu setempat.
Katanya selain arnab dan burung puyuh, kebenaran untuk menternak haiwan lain seperti ayam juga akan melalui proses penilaian yang sama.
“Untuk ternakan seperti ayam, ia perlu mengikut zon yang sesuai. Misalnya jika permohonan membabitkan kawasan padat seperti di tengah-tengah bandar, kita tidak benarkan.
“Akan tetapi jika melibatkan kawasan tidak padat atau di pinggir bandar seperti di Ulu Kuang, kita benarkan. Namun konsepnya adalah ternakan ayam reban kecil,” ujarnya.
Dalam pada itu Rumaizi memberitahu MBI telah menggerakkan kempen menggalakkan aktiviti pertanian bandar dengan membabitkan kerjasama beberapa pihak seperti Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Jabatan Pertanian Negeri serta wakil-wakil rakyat.
Katanya lagi, semua Ahli Majlis MBI juga turut digerakkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di peringkat akar umbi berhubung aktiviti berkenaan.
Terdahulu Rumaizi diminta mengulas tentang saranan kerajaan negeri supaya rakyat dapat menanam sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri susulan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini.
Pada Selasa, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dilaporkan berkata langkah itu juga merupakan antara inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga beberapa produk pertanian dan penternakan ketika ini.
Amirrul Rabbani
Thu Jun 02 2022

Rumaizi berkata, MBI membenarkan penanaman tanaman kontan seperti kobis, cili, sawi, terung dan sebagainya di kawasan yang dibolehkan. - Gambar/ MBI

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Peniaga bazar Ramadan sewakan tapak akan dikompaun, disenarai hitam - MBI
Majlis Bandaraya Ipoh akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga bazar Ramadan yang didapati menyewakan tapak bazar kepada pihak lain.

Warga emas kumpul, longgok sampah di rumah terbiar, undang risiko
Rumah tersebut kini dipenuhi sampah sarap, masalah bau serta ancaman haiwan berbisa kepada penduduk setempat.

MBI tidak lagi hantar bil cukai taksiran, urusan guna aplikasi DMBI
Bermula Julai lepas, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak lagi menghantar bil cukai taksiran secara fizikal.

MBI guna kaedah 'hot in-place' tampal jalan rosak di Ipoh
Rumaizi berkata buat masa ini kaedah berkenaan akan tertumpu kepada jalan utama yang membabitkan kawasan pentadbiran MBI.

MBI PBT pertama guna CMA turap semula jalan - Datuk Bandar
Malaysia, MBI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah terpilih untuk melaksanakan projek perintis itu.

JAIPk, MBI serbu pusat hiburan di Ipoh
Dalam serbuan tersebut, seramai 38 orang beragama Islam telah dibawa balik ke pejabat untuk ujian saringan alkohol.

Orang ramai dipelawa sertai Kayuhan Merdeka di Ipoh pada 30 Ogos
Orang ramai dipelawa menyertai Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2023 bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Saifuddin dedah gambar, dokumen berkaitan isu REE di Bukit Enggang
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan gambar dan beberapa dokumen Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah berkaitan kecurian REE di Bukit Enggang, Sik,

Bagaimana REE dibawa keluar tanpa kelulusan dan pengetahuan MBI? - Saifuddin
Saifuddin berkata tidak mungkin ada pihak yang mampu masuk ke kompartmen 12 di Bukit Enggang, Sik dan membawa keluar unsur nadir bumi (REE) tanpa pengetahuan MBI.

REE Kedah: SPRM rekod kenyataan 12 individu - Azam
SPRM telah merakam kenyataan 12 individu, bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM13 juta serta salah guna kuasa membabitkan isu REE di Kedah.