MB Selangor mula tugas esok, tamat kuarantin 14 hari

Ridauddin Daud
Oktober 11, 2020 13:49 MYT
Menurut Amirudin, ujian saringan kali ketiga yang diambilnya sejak pulang dari Sabah pada 28 September lepas juga menunjukkan keputusan negatif. - Gambar fail Astro AWANI
MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan beliau akan kembali bertugas secara rasmi bermula esok selepas menamatkan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Menurutnya, ujian saringan kali ketiga yang diambilnya sejak pulang dari Sabah pada 28 September lepas juga menunjukkan keputusan negatif.
“Alhamdulillah ujian saringan ketiga yang saya laksanakan sebaik pulang dari Sabah pada 28 September menunjukkan keputusan negatif.
“Saya juga telah tamat kuarantin kendiri 14 hari dan akan memulakan tugas rasmi di pejabat bermula esok di samping mematuhi SOP (prosedur operasi standard) dan memantau keadaan kesihatan,” katanya dalam Twitter rasmi beliau pada Ahad.

Alhamdulillah ujian saringan ketiga yang saya laksanakan sebaik pulang dari Sabah pada 28/9 menunjukkan keputusan negatif. Saya juga telah tamat kuarantin kendiri 14 hari dan akan memulakan tugas rasmi di pejabat bermula esok di samping mematuhi SOP dan memantau keadaan kesihatan pic.twitter.com/hqFMfFK2tn

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) October 11, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Amirudin sebelum ini menjalani kuarantin 14 hari selepas pulang dari Sabah pada hujung September lepas.
Begitupun, beliau melanggar arahan kuarantin bagi melawat Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih ketika masalah air melanda beberapa kawasan di Selangor baru-baru ini.
Sumber Facebook amirudinbinshari
Pada 7 Oktober lalu, polis memaklumkan akan membuka kertas siasatan sekiranya perlu berhubung isu Amirudin yang didakwa melanggar arahan kuarantin kendiri.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya masih meneliti kes berkenaan termasuk permohonan maaf dibuat Amirudin di media sosial sebelum sebarang tindakan susulan diambil.
"Setakat ini, kita masih belum menerima sebarang laporan berkaitan isu itu.

Usai tiba dari Sabah, saya telah melakukan ujian saringan swab test COVID-19. Saya turut memakai gelang pink dan akan mematuhi SOP KKM seperti yang ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada semua petugas perubatan yang membantu melaksanakan ujian saringan di KLIA dan KLIA 2. pic.twitter.com/XfYGffIPtF

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) September 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Polis akan teliti perkara ini termasuk permohonan maaf dibuat Amirudin. Kenyataan itu dibuat menerusi media sosial.
"Kalau ada keperluan, kita buka kertas siasatan," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.
BACA: Menteri Besar Selangor minta maaf
#Menteri Besar #Selangor #kuarantin #masalah air #Semenyih #SOP #Ketua Polis Negara #air #Amirudin Shari #tamat #negatif #keputusan
;