MB Selangor kuarantin kendiri, isteri dan dua anak positif COVID-19

Bernama
Disember 14, 2021 17:36 MYT
Bagaimanapun Amirudin berkata dirinya disahkan negatif melalui keputusan ujian saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) yang diambil. - Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kini menjalani kuarantin kendiri selepas isterinya Masdiana Muhamad, 44, serta dua anak perempuan berumur 11 dan enam tahun disahkan positif COVID-19 semalam.
Bagaimanapun Amirudin berkata dirinya disahkan negatif melalui keputusan ujian saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) yang diambil.
"Namun, saya akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menanti keputusan RT-PCR kedua pada Khamis nanti dan akan memaklumkan perkembangannya kelak.
"Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berkemungkinan timbul hasil perkembangan ini dan mohon sekalian mendoakan kesihatan serta kekuatan untuk kami sekeluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
#MB Selangor #Menteri Besar Selangor #Amirudin Shari #kuarantin kendiri #positif COVID-19 #Masdiana Muhamad
;