MB Selangor, Kedah bakal 'berentap' petang ini
Sinar Harian
September 3, 2024 15:00 MYT
September 3, 2024 15:00 MYT
DUA menteri besar bakal berentap dalam perlawanan persahabatan bola sepak yang dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang hingga 7 malam ini.
Ringkasan AI
- Dua Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dari Selangor dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dari Kedah, akan berentap dalam perlawanan bola sepak persahabatan dari jam 5 petang hingga 7 malam ini di Pusat Latihan Selangor FA.
- Ini merupakan pertembungan pertama antara kedua-dua pemimpin negeri tersebut, bertujuan untuk merapatkan ukhuwah.
- Penggemar sukan bola sepak di Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA) menunjukkan keterujaan mereka untuk melihat aksi kedua-dua pemimpin ini di atas padang.
Pertembungan antara pilihan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan pilihan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan diadakan di Pusat Latihan Selangor FA, di sini.
Difahamkan, ia merupakan pertembungan yang julung kali diadakan buat kedua-dua figura hebat itu dalam usaha merapatkan ukhuwah.
Mengintai di ruangan komen Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA), majoriti penggemar sukan bola sepak teruja untuk melihat dua pemimpin negeri terbabit berentap dan menunjukkan skil masing-masing di atas padang.
“Salam ukhuwah Selangor dan Kedah,” ujar ringkas Khairul Azman.
“Budaya politik matang dan sejahtera perlu dipraktikkan, bukan retorik semata-mata. Budaya ini bakal diteladani oleh generasi sejahtera,” kata Mohd Amirrudin Ismail.
“Kami sokong Kedah la... Pulun Kedah Pulun,” komen Putera Asyraf pula. -Sinar Harian