GOMBAK: Pihak pengendali aplikasi MySejahtera didakwa mengenakan caj sebanyak RM10 untuk pengeluaran sijil vaksinasi COVID-19 bagi individu yang melengkapkan suntikan vaksin berkenaan menerusi program Vaksin Selangor (SelVax).
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai perkara tersebut yang turut menjadi punca lebih 12,000 penerima vaksin COVID-19 melalui program tersebut masih belum menerima sijil vaksinasi baru-baru ini.
Menurutnya, pengendali aplikasi berkenaan tidak sepatutnya mengenakan caj untuk mengaut keuntungan kerana ia merupakan hak rakyat mendapatkan sijil vaksinasi.
"Saya dimaklumkan ada permintaan kepada setiap pensijilan vaksinasi untuk hubungkan ke sana (aplikasi MySejahtera) nak caj RM10," katanya.
Bagaimanapun beliau berharap perkara itu tidak berlaku dan pengendali MySejahtera sudah mendapat bayaran untuk pembinaan aplikasi itu.
"Kenapa nak kenakan caj pula untuk (sijil vaksinasi) itu jika ia untuk kesepadanan data yang akhirnya menjadi satu faedah pengumpulan data kepada MySejahtera," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Unit Pangsapuri Bayu Residensi dan lawatan tapak ke Unit Rumah Selangorku (RSKU) di Seri Temenggung, Batu Caves, di sini, pada Sabtu.
Isu itu turut dibentangkan oleh Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada Jumaat.
Amirudin memaklumkan pihaknya bersama Siti Mariah mewakili kerajaan Selangor akan berbincang dengan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Ujarnya, kerajaan Selangor sebelum ini membantu kerajaan Persekutuan memastikan rakyat mendapat suntikan vaksin COVID-19 menerusi program SelVax yang berjaya mencapai sejumlah 350,000 individu mendapat dos lengkap vaksin tersebut.
"Kita nak selesaikan masalah, tugas kita nak bantu (kerajaan Persekutuan) melalui SelVax," katanya.
Sebanyak 12,604 individu yang lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 menerusi Program Vaksin Selangor (SelVax) masih belum menerima sijil daripada pihak MySejahtera setakat Isnin.
Sementara itu, Siti Mariah memberitahu, nilai tersebut mewakili 1.92 peratus daripada jumlah keseluruhan sebanyak 664,354 individu iaitu 97.24 peratus yang telah mendapat sijil vaksinasi tersebut.
Katanya, baki daripada jumlah berkenaan ialah individu yang belum lengkap mendapatkan dos kedua vaksin menerusi program SelVax.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 20 2022
Amirudin berharap perkara itu tidak berlaku dan pengendali MySejahtera sudah mendapat bayaran untuk pembinaan aplikasi itu. - Foto fail/BERNAMA
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Premis GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas - Amirudin
Amirudin akan mengumumkan jumlah keseluruhan premis ditutup termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISB di negeri itu pada Rabu.
PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?
Peralihan monsun: Selangor mulakan persediaan hadapi banjir - Amirudin
Amirudin berkata semua PPS yang telah didaftarkan bagi menempatkan mangsa banjir pada 2021 juga akan diaktifkan semula sekiranya banjir berlaku.
Sultan Selangor titah percepat proses tindakan terhadap GISB
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISB) dipercepatkan.
Belanjawan Selangor 2025 dibentang pertengahan November - MB
Belanjawan Selangor 2025 yang sepatutnya dibentangkan pada 8 November diubah kepada pertengahan November depan.
Tebing sungai runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan siasatan diterima
Amirudin berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim telah ke lokasi berkenaan semalam bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian akibat kejadian itu.
Selangor lancar 'Ehsan Mart', tawar harga lebih murah
Pembukaan pasar raya itu kesinambungan daripada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) anjuran PKPS sejak Ogos 2022 supaya rakyat mempunyai akses kepada barangan keperluan asas pada harga berpatutan.
MB Selangor, Kedah bakal 'berentap' petang ini
Difahamkan, ia merupakan pertembungan yang julung kali diadakan buat kedua-dua figura hebat itu dalam usaha merapatkan ukhuwah.
Kompleks Islam Wira Damai bakal beri manfaat 10,000 penduduk
Amirudin berkata, projek di bawah kerajaan negeri menerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) itu didirikan di atas tanah seluas 4.249 hektar dan dijangka siap awal tahun 2027.
Amirudin mahu Selangor pamer aksi terbaik, rampas Piala FA
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada pertemuan dengan JDT malam ini.