MB Perak bertopang ke DUN akibat ekzema
Bernama
Julai 23, 2019 22:09 MYT
Julai 23, 2019 22:09 MYT
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disahkan mengalami jangkitan ringan pada kaki kiri akibat ekzema iaitu kegatalan yang teruk pada kulit.
Berikutan itu, Ahmad Faizal kini perlu menjalani rawatan antibiotik selama tiga hari dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di hospital.
"Bagaimanapun, Ahmad Faizal akan tetap menghadiri hari kedua Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 esok dan menjalankan tugasan-tugasan rasmi yang lain," demikian menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.
Kehadiran Ahmad Faizal ke hari pertama Mesyuarat DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dengan memakai dua topang ketiak serta tidak berkasut pada sebelah kiri menarik perhatian ramai termasuk media.
-- BERNAMA
#antibiotik
#Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
#ekzema
#Hospital
#jangkitan ringan
#Menteri Besar
#Perak
#tongkat
#topang ketiak
#tugasan rasmi