MB Kedah disahkan negatif COVID-19

Agensi
Januari 17, 2021 10:40 MYT
Menurut Muhammad Sanusi, ujian berkenaan merupakan rutin sebelum keluar dari Kedah, terutama ketika pandemik semakin membimbangkan. - Gambar fail
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan COVID11-19.
Beliau menjalani ujian saringan itu pada Khamis di sebuah hospital swasta sebelum dibenarkan merentas negeri bagi menghadiri mesyuarat di Putrajaya.
Menurutnya, ujian berkenaan merupakan rutin sebelum keluar dari Kedah, terutama ketika pandemik semakin membimbangkan.
“Ini merupakan kali ke-14 saya menjalani ujian saringan COVID-19. Alhamdulillah semua keputusan negatif.
JEJAK COVID-19 DI SINI
"Ujian terbaru dilakukan kerana saya perlu hadir ke Sidang Darurat Malis Keselamatan Negara di Putrajaya yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu,” katanya kepada kepada Sinar Harian, pada Ahad.
Pada Jumaat, Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad disahkan positif COVID-19 selepas menjadi kontak rapat kepada ahli Pas dari Kelantan.
#Muhammad Sanusi Md Nor #COVID-19 #Menteri Besar #Kedah #pandemik #ujian saringan #Putrajaya #Muhyiddin Yassin #Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah