Mazlan Lazim dilantik Timbalan Ketua Polis Negara - Hamzah

Fareez Azman
Jun 25, 2021 14:31 MYT
Mazlan (kanan) sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dan Timbalan Ketua Polis Kelantan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang ke-27 berkuatkuasa hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam sidang media sesi penyerahan surat perlantikan Timbalan Ketua Polis Negara di Pejabat Kementerian Dalam Negeri pada Jumaat.
Pelantikan itu sekaligus melengkapkan barisan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas pelantikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Achryl Sani Abdullah Sani pada tiga Mei lalu.
Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara menjadi kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah dilantik sebagai Ketua Polis Negara bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang bersara.
Mazlan sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dan Timbalan Ketua Polis Kelantan.
Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik Timbalan Ketua Polis Negara
#Mazlan Lazim #Timbalan Ketua Polis Negara #Hamzah Zainuddin #PDRM #Kementerian Dalam Negeri #Malaysia #Ketua Polis Negara #Polis Diraja Malaysia
;