Maybank2u tergendala, MAE disaran jadi alternatif

Nailah Huda
November 30, 2020 10:37 MYT
Mesej yang memaparkan gangguan komunikasi ketika cuba mengakses aplikasi Maybank2u. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengguna laman web dan aplikasi Maybank2u mengalami gangguan ketika cuba mengakses perkhidmatan perbankan dalam talian itu pagi ini.
Kata kunci ‘Maybank’ menjadi antara topik tular di Twitter apabila rata-rata pengguna bank itu berkongsi tentang isu berkenaan.
Maybank bagaimanapun menjelaskan terdapat gangguan sementara waktu bagi laman web serta aplikasi perkhidmatan Maybank2u.
“Harap maklum bahawa terdapat gangguan bagi penggunaan laman web Maybank2u dan Maybank2u app buat masa ini.
“Kami sedang cuba untuk mengembalikan sistem beroperasi seperti biasa secepat yang mungkin.”
“Secara alternatif, anda boleh menggunakan MAE Maybank App untuk melakukan transaksi,” menurut kenyataan bank itu di akaun rasmi @MyMaybank di Twitter.

Segala kesulitan amat dikesali. Berdasarkan semakan, terdapat gangguan sementara waktu juga bagi perkhidmatan Maybank2u app. Secara alternatif, anda boleh menggunakan MAE Maybank App untuk melakukan transaksi. Terima kasih di atas kesabaran dan kerjasama anda.

— Maybank (@MyMaybank) November 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tinjauan Astro AWANI mendapati aplikasi MAE dapat diakses ketika ini, namun fungsi pembayaran menggunakan kod QR masih tidak dapat digunakan.
Aplikasi MAE merupakan perkhidmatan e-dompet yang dilancarkan Maybank pada tahun ini.
Pengguna Maybank mengalami beberapa insiden gangguan ketika melakukan transaksi menerusi laman web dan aplikasinya baru-baru ini, termasuk pada 26 Oktober dan 25 November lalu.
#Maybank #Maybank2u #tergendala #gangguan #aplikasi #masalah Maybank #mae #perbankan
;