Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 9 Mac 2024

Amanz
Mac 5, 2024 12:00 MYT
Beberapa perkhidmatan seperti Maybank2u, perbankan mudah alih Maybank2u, perkhidmatan ATM, dan terminal layan diri tidak akan beroperasi secara berperingkat bermula jam 12 tengah malam hingga 8 pagi. -Amanz
MAYBANK memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan akan berlaku pada 9 Mac 2024 (Sabtu).
Ini disebabkan oleh terdapat penyelenggaraan sistem berjadual akan dilakukan pada hari tersebut.
Beberapa perkhidmatan seperti Maybank2u, perbankan mudah alih Maybank2u, perkhidmatan ATM, dan terminal layan diri tidak akan beroperasi secara berperingkat bermula jam 12 tengah malam hingga 8 pagi.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku.
Pada masa sama, pihak Maybank memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan menghargai kerjasama orang ramai dalam perkara ini.
Untuk maklumat lanjut atau bantuan, boleh terus menghubungi Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia). -Amanz
#Maybank #Gangguan Perkhidmatan #penyelenggaraan sistem berjadual #Maybank2u
;