Maybank tweet 'tidak boleh', jadi bahan lawak pengguna Twitter
T K Letchumy Tamboo
Mei 22, 2014 19:32 MYT
Mei 22, 2014 19:32 MYT
Tidak boleh.
Itulah tweet yang tiba-tiba dimuatnaik dari akaun Twitter rasmi syarikat perbankan terbesar negara Maybank Banking Berhad hari ini sekaligus mencetuskan reaksi hangat di laman sosial.
Tweet yang tidak diketahui hujung pangkalnya itu menyebabkan pengguna Twitter teruja dan mula mereka soalan dan kenyataan seolah-olah seperti penyebab kepada tweet ‘tidak boleh’ itu.
Ada pengguna yang menanyakan bolehkah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, dan ada juga yang bertanya sekiranya mereka boleh makan malam lebih awal.
Tweet itu telah ditweet semula sebanyak 476 kali dan mendapat 108 ‘favourites’.
Berikut adalah antara tweet yang dikemukakan kepada Maybank.