Maybank sahkan dakwaan kebocoran data sebagai tidak benar

Bernama
Disember 31, 2022 16:27 MYT
Malayan Banking Bhd (Maybank) mengesahkan dakwaan mengenai kebocoran data pelanggan yang dikatakan oleh pihak ketiga adalah tidak benar. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) mengesahkan dakwaan mengenai kebocoran data pelanggan yang dikatakan oleh pihak ketiga adalah tidak benar.
Dalam kenyataan hari ini, bank itu memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa data mereka kekal selamat dan tiada data pelanggan yang terjejas.
"Maybank akan terus memberi keutamaan kepada keselamatan siber dan langkah-langkah perlindungan datanya kerana perlindungan data pelanggan amat penting kepada bank," katanya.
BACA: Maybank siasat dakwaan kebocoran data pelanggan
BACA: Kebocoran data: KKD dapatkan maklum balas Maybank, Astro - Fahmi
Menurut kenyataan itu, siasatan telah dijalankan oleh pihak bank.
Menurut satu catatan di Facebook, sebuah laman web telah menyenaraikan butiran 3.5 juta pelanggan Astro, 1.8 juta pelanggan Maybank dan 7.2 juta pengundi pada 7.56 malam pada 25 Disember.
Maklumat bocor itu didakwa melibatkan ID log masuk, nama penuh, tarikh lahir, alamat dan nombor kad pengenalan.
-- BERNAMA
#Maybank #kebocoran data pelanggan #maklumat bocor #keselamatan siber
;