Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang

Amanz
Julai 17, 2024 04:50 MYT
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi. -Gambar fail/Amanz
MAYBANK mengumumkan akan memperkenalkan tempoh bertenang selama 12 jam bagi setiap peningkatan had pemindahan wang melalui laman Maybank2U, berkuat kuasa 31 Julai 2024.
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
Ciri pemindahan had pemindahan wang ini boleh diakses pada Maybank2U melalui bahagian Settings > Pay & Transfer > Transfer Limit.
Tempoh bertenang yang diaktifkan akan melibatkan setiap transaksi pada laman Maybank2U dan juga aplikasi MAE.
Sementara tempoh bertenang ini, had transaksi akan mengikut kepada had sedia ada sehingga selesai 12 jam berkenaan.
Maybank akan menghantar notifikasi makluman selepas tamatnya tempoh bertenang berkenaan. -Amanz
#Maybank #tempoh bertenang 12 jam #cegah penipuan dalam talian #had pemindahan transaksi