Maybank mohon maaf, perkhidmatan dalam talian alami gangguan

Bernama
Ogos 7, 2023 18:10 MYT
Maybank berkata pihaknya memohon maaf kepada pelanggan atas segala kesulitan dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Maybank tidak dapat digunakan buat sementara waktu untuk web Maybank2u dan perkhidmatan perbankan mudah alih iaitu aplikasi M2U dan MAE, serta penggunaan kad debit dan kad kredit.
Menerusi makluman dalam akaun X Twitter, Maybank berkata pihaknya memohon maaf kepada pelanggan atas segala kesulitan dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin.
"Untuk bantuan, sila hubungi kami melalui mesej peribadi atau hubungi Maybank Group Customer Care di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara)," katanya.
-- BERNAMA
#Maybank #mohon maaf #Gangguan Perkhidmatan #tergendala
;