Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini

Amanz
Januari 16, 2025 11:50 MYT
Platform terjejas termasuk Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM. -Amanz
MAYBANK mengumumkan gangguan perkhidmatan sistem berjadual pada 8 dan 15 Februari 2025.

Ringkasan AI
  • Gangguan perkhidmatan sistem Maybank pada 8 dan 15 Februari 2025 dari jam 3.00 hingga 7.00 pagi.
  • Perkhidmatan terjejas termasuk DuitNow Transfer, JomPay, Instant Transfer, MEPS Cash Withdrawal, Interbank GIRO (IBG), FPX, Direct Debit, dan QRPay.
  • Platform terjejas termasuk Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM.

Terdapat beberapa perkhidmatan dan platform utama yang tidak dapat diakses bermula dari jam 3 hingga 7 pagi pada tarikh-tarikh tersebut.
Ia merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan seperti DuitNow Transfer, DuitNow Request, DuitNow Overseas Transfer, JomPay, Instant Transfer, MEPS Cash Withdrawal, Interbank GIRO (IBG), FPX, Direct Debit dan QRPay.
Sementara itu, platform-platform yang terjejas pula meliputi Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM (sebelum ini dikenali sebagai CDM).
Bagi mengurangkan sebarang kesulitan dalam tempoh ini, sila lakukan transaksi anda terlebih dahulu.
Untuk maklumat lanjut atau bantuan, boleh menghantar email bertulis ke mgcc@maybank.com atau hubungi di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara). -Amanz
#Maybank #Gangguan Perkhidmatan #perkhidmatan terjejas #MAE App
;