Maybank beri panduan elak tertipu laman web 'phishing'

Astro Awani
Februari 5, 2021 16:16 MYT
Maybank mengeluarkan beberapa panduan berikut untuk mengelakkan anda menjadi mangsa laman web phishing. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Maybank meminta orang ramai agar sentiasa peka dengan penipuan laman web palsu yang seakan-akan laman web Maybank2u.
Bimbang dengan kemungkinan pelanggan akan tertipu, bank itu mengeluarkan beberapa panduan berikut untuk mengelakkan anda menjadi mangsa laman web phishing ini.
Mereka yang secara tidak sengaja telah memasukkan butiran peribadi ke laman web palsu, diminta segera berhubung dengan pihak Maybank di talian 03-5891-4744.
Pelanggan juga diminta mengikuti laman sosial rasmi Maybank bagi mengelakkan kekeliruan.
#Maybank #laman sosial #keselamatan #mangsa #bank #Laman web palsu #phishing
;