Mayat yang dijumpai di Sungai Bakap telah dikenalpasti identiti

Astro Awani
Mei 3, 2014 18:28 MYT
SHAFIEN: Kes tersebut diklasifikasi sebagai kes bunuh dan gerakan mengesan rakan-rakan mangsa sedang giat dilakukan. -Gambar Fail
Identiti mayat yang ditemui terapung di Sungai Kerian pada Khamis lalu telah dikenalpasti sebagai A. Samuel.
Remaja yang berumur 18 tahun itu dipercayai mati akibat dibelasah sebelum mayatnya dicampak ke dalam sungai berkenaan.
Memetik laporan Bernama, sumber polis memberitahu bahawa identiti mayat itu dikenalpasti setelah satu laporan polis dibuat oleh ibu kepada mangsa setelah mangsa tidak pulang ke rumahnya di Nibong Tebal.
“Keluarganya telah mencari mangsa namun hanya menemui motorsikalnya di tepi jalan berdekatan sebuah kawasan kampung di Sungai Bakap,” kata sumber polis itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata kes tersebut diklasifikasi sebagai kes bunuh dan gerakan mengesan rakan-rakang mangsa sedang giat dilakukan.
Pada Khamis lalu, mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian berwarna hitam ditemui terapung di Sungai Kerian dengan matanya ditutup dengan kain.
Polis berkata mayat lelaki tersebut ditemui oleh nelayan yang sedang menangkap ikan ditempat itu dan ianya tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
#mayat #polis #sungai kerian
;