Mayat wartawan terkorban di Lubnan dijangka tiba esok
Bernama
Februari 4, 2013 07:04 MYT
Februari 4, 2013 07:04 MYT
Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay memaklumkan, kedutaan Malaysia di Lubnan sedang membuat persiapan untuk membawa mayat pulang.
Kohilan berkata mayat mendiang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Rabu ini sebelum dibawa keluarganya ke Seremban, Negeri Sembilan.
Sementara itu Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO akan membantu menguruskan penghantaran pulang mayat Claudia Theophilus, Penerbit Bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera, yang maut terkena tembakan Sabtu lalu.
Pengerusinya, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata dua wakil biro itu akan ke Beirut bersama-sama dua anggota keluarga Claudia untuk menguruskan proses membawa balik mayat mendiang.
"Tujuan kami untuk ke sana adalah untuk mendapat maklumat terperinci mengenai punca kematian mangsa serta menguruskan proses untuk membawa balik mayat mangsa," katanya pada Isnin.