Mayat warga emas terjatuh Sungai Kerian ditemui

Abd Razak Mohd Ali
April 11, 2019 20:49 MYT
Mayat Chew Sin ditemui kira-kira 200 meter dari tempat dia terjatuh. - JBPM Perak
Mayat warga emas yang terjatuh di Sungai Kerian pada pagi Rabu, dijumpai pada 1.30 petang Khamis.
Mangsa yang dikenali sebagai Chew Sin, 65 tahun, dikatakan terjatuh dari Jambatan Sungai Kerian kira-kira pukul 9.30 pagi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus, mayat mangsa yang berumur 65 tahun itu ditemui 200 meter dari tempat dia terjatuh.
Katanya, operasi pencarian yang ditangguhkan petang semalam disambung semula pada jam 9 pagi Khamis.
"Mangsa telah dijumpai terapung 200 meter dari tempat kejadian dan telah disahkan meninggal dunia," kata Mohamad Yunus di sini.
Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
#bomba perak #jatuh sungai #sungai kerian #warga emas
;