Mayat warga emas lemas ditemui di pantai Kuala Muda
Bernama
Januari 14, 2013 11:41 MYT
Januari 14, 2013 11:41 MYT
Seorang warga emas yang dilapor hilang ketika mencari siput kepah di pantai Kuala Muda, Penaga di Kepala Batas, ditemui mati lemas hari ini.
Mayat Tan Eng Chuan, 74, ditemui pada pukul 6 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Muda Rosmi Din berkata mayat lelaki itu ditemui terapung tidak jauh dari tempat dia dilapor hilang.
"Mayat Tan dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Tan dilapor hilang pada pukul 11 pagi semalam setelah dipukul ombak ketika mencari siput kepah bersama keluarganya.