Mayat warga emas ditemui dengan kesan kebakaran

Sinar Harian
Jun 25, 2023 11:42 MYT
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong membantu mengambil mayat dari rumah berkenaan. -Foto JBPM
BENTONG: Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dengan kesan kebakaran di Batu 1, Flat Purnama di sini pada Ahad.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, terdapat kesan kebakaran pada kain yang menutupi mayat mangsa yang dikenali sebagai Kan Kok Chong, 64.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 4.10 petang daripada pihak polis untuk membantu mengambil mayat tersebut di dalam rumah terbabit.
"Dalam laporan polis, mayat disyaki telah dibunuh dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.
"Pasukan bomba memohon bantuan pasukan penyiasatan kebakaran untuk menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut," kata beliau dalam kenyataan pada Ahad. -Sinar Harian
#Balai Bomba dan Penyelamat #lelaki warga emas #Flat Purnama #kebakaran