Mayat warga emas ditemui berulat di rumahnya

Astro Awani
Disember 28, 2017 22:37 MYT
Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada mangsa dan siasatan lanjut di persekitaran rumah juga tidak menemui sebarang senjata. - Gambar hiasan
Mayat seorang gelandangan ditemui dalam keadaan berbogel dan berulat d irumahnya dekat Berapit, Bukit Mertajam petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, melalui siasatan di lokasi kejadian, mangsa, Ooi Chin Seng, 75 tahun, ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan dihempap tilam yang disandarkan di dinding rumah terbabit.
Polis percaya mangsa sudah meninggal dunia lebih tujuh hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat.
Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada mangsa dan siasatan lanjut di persekitaran rumah juga tidak menemui sebarang senjata.
Bagaimanapun siasatan polis mendapati mangsa sebelum ini mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan hiburan.
Nik Ros Azhan berkata, kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat.
#berulat #Hospital #jenayah #mangsa #mati #mayat #meninggal dunia #polis #Seberang Perai #siasatan #warga emas
;