Mayat wanita tersangkut di sangkar ikan

Norfarhiza Mohd Atar
Julai 12, 2022 09:10 MYT
Anggota bomba bertindak menarik mayat itu dengan menggunakan tali sebelum diserahkan kepada pihak polis. - Foto JBPM
TEMERLOH: Mayat seorang wanita berbangsa India ditemui tersangkut pada sangkar ikan di Sungai Semantan, Kampung Raja Songsang berhampiran Gobang Maju dekat sini pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Syed Moshen T. Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat terbabit pada jam 8.01 malam.
Menurutnya, seramai enam anggota dari BBP Temerloh bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki sebuah jentera dan ambulan EMRS.
"Sampai di lokasi, pihak bomba mendapati terdapat mayat wanita tersangkut di sangkar ikan milik penduduk kampung.
"Anggota bomba kemudiannya bertindak menarik mayat itu dengan menggunakan tali sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
#Balai Bomba dan Penyelamat #mayat wanita #sangkar ikan #EMRS
;