Mayat wanita terapung mirip mangsa hilang di Kepong

Sinar Harian
Mei 15, 2021 18:17 MYT
Beh Eng Lai berkata, pihaknya sudah menghubungi ahli keluarga tersebut untuk proses pengecaman mayat selepas bedah siasat dilakukan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mayat wanita yang ditemui terapung di di Sungai Batu, Batu 3, Jalan Ipoh di sini didakwa mirip seorang wanita yang dilaporkan hilang oleh Balai Polis Kepong, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya sudah menghubungi ahli keluarga tersebut untuk proses pengecaman mayat selepas bedah siasat dilakukan, lapor Sinar Harian pada Sabtu.
Menurutnya, polis sedang mengesan identiti mangsa melalui cap jari mangsa yang akan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
"Keputusan identiti wanita itu mungkin siap dalam masa seminggu,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul, pada Sabtu.
Jumpa Mayat | Mayat wanita tidak berpakaian ditemui
Pada Jumaat, mayat seorang wanita ditemui terapung dalam keadaan membengkak di Sungai Batu, Batu 3 Jalan Ipoh.
Polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat wanita yang dipercayai warga tempatan itu kira-kira jam 10.30 pagi.
Bagaimanapun, identiti mangsa tidak dapat dikenalpasti kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mayat berkenaan.
#mayat terapung #mayat wanita #wanita hilang #Ketua Polis Daerah Sentul #Beh Eng Lai #proses pengecaman mayat #polis #hilang #wanita #mangsa
;