Mayat wanita ditemukan dalam rumah, polis klasifikasi sebagai mati mengejut

Bernama
Mei 26, 2024 21:45 MYT
Kes seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam rumahnya di Pangsapuri Siantan Taman Putra Perdana hari ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - Foto hiasan
PUTRAJAYA: Kes seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam rumahnya di Pangsapuri Siantan Taman Putra Perdana di sini hari ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt G. Shan Gopal berkata wanita berusia 46 tahun itu didapati tinggal seorang diri dan hasil siasatan lanjut, jiran wanita terbabit memaklumkan mangsa tidak kelihatan selama dua minggu dan usaha menghubunginya turut gagal.
"Siasatan di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang unsur jenayah, kemungkinan kematian berpunca daripada penyakit kronik yang dihidapi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Shan Gopal proses bedah siasat akan dijalankan esok dan menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan apa-apa spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar berhubung insiden terbabit.
-- BERNAMA
#mayat wanita #SDR #mati mengejut #Pangsapuri Siantan Taman Putra
;