Mayat wanita ditemui dalam sungai di Pendang

Bernama
Disember 16, 2015 23:00 MYT
Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada badan mangsa. - Gambar Hiasan
Mayat seorang wanita berusia 20-an dijumpai orang ramai dalam sungai di Kampung Kuala Rimau, Mukim Pusing, Pendang, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Pendang ASP Fadzil Hasim berkata, mayat berkenaan yang belum dikenal pasti identitinya dijumpai pada 4.20 petang dan dipercayai mati akibat lemas.
Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada badan mangsa, kata Fadzil dalam kenyataan di sini.
Menurut beliau, pemeriksaan di sekitar tempat kejadian juga tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan jarak rumah terdekat dengan tempat mayat ialah empat kilometer.
Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.
#Fadzil Hasim #Hospital Sultanah Bahiyah #mati lemas