Mayat wanita ditemui dalam belukar di Cyberjaya

Bernama
Mei 6, 2015 15:52 MYT
Mayat seorang wanita ditemui orang awam kira-kira 4.30 petang tadi yang kemudian menghubungi pihak polis.
Mayat seorang wanita ditemui dalam belukar di bawah jambatan susur keluar dari Putrajaya ke Pulau Meranti dekat sini.
Mayat ditemui orang awam kira-kira 4.30 petang tadi yang kemudian menghubungi pihak polis.
Turut ditemui berhampiran mayat ialah tas tangan milik mangsa dan sekeping nota.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali berkata kes itu sedang disiasat.
#Abdul Aziz Ali #belukar #mayat #Putrajaya #wanita