Mayat tanpa pakaian ditemui di tepi jalan

Sinar Harian
November 8, 2021 16:51 MYT
Lelaki tempatan yang masih bujang itu dipercayai menghidap penyakit mental sejak 10 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya. - Foto Sinar Harian
JERANTUT: Mayat seorang lelaki tanpa pakaian ditemui di tepi jalan di belakang bangunan sebuah kolej di bandar ini pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Azman Mat Khamis berkata, mangsa yang juga seorang penganggur berusia 50 tahun ditemui orang awam kira-kira jam 9 pagi di lokasi kejadian.
Menurutnya, lelaki tempatan yang masih bujang itu dipercayai menghidap penyakit mental sejak 10 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.
"Mangsa telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Johor.
"Tiada unsur jenayah ditemui dan mayat telah dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Mayat tanpa pakaian ditemui di tepi jalan
#mayat tanpa pakaian #penganggur ditemui mati #Jerantut #Sakit Mental
;