Polis telah menemui mayat suspek yang membunuh secara kejam dengan mengelar sehingga putus kepala seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan, Siti Soffea Emelda, kelmarin.
Pegawai Bomba Kanan II, Kuala Lumpur, Omar Chekku, yang mengetuai operasi pencarian tersebut memberitahu Astro AWANI bahawa mayat suspek itu telah ditemui dalam arus Sungai Klang di bawah tol Sunway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghala ke Shah Alam.
“Mayat telah dibawa naik dan telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” kata Omar.
Usaha pencarian hari ini bermula kira-kira pukul 10.50 pagi dengan dibantu tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Unit Skuba.
Tiga buah kayak turut digunakan dalam operasi pencarian suspek.
Siti Soffea menjadi mangsa seorang lelaki tidak berhati perut yang dikatakan telah menghentak kepala mangsa dengan serpihan seramik serta mengelar leher mangsa sehingga putus.
Suspek turut dilihat cuba membaringkan mangsa dipercayai cuba untuk mencekiknya di tempat kejadian yang terletak berdekatan tebing Sungai Klang berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Jalan Tun Sambanthan.
Lelaki yang dipercayai warga tempatan itu terjun ke dalam sungai sewaktu mengelak daripada ditangkap orang ramai dan anggota polis bantuan yang melihat kejadian.
Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.
T K Letchumy Tamboo
Sat May 31 2014
Mayat suspek penggal kepala kanak-kanak dijumpai dalam Sungai Klang
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun - Exco
Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi melibatkan kos lebih RM12 juta.
'Daya tahan Ukraine terserlah ketika mendepani kepayahan, cabaran'
Hari ini menandakan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine sudah menjangkau dua tahun.
Kerajaan tanggung RM1.2 bilion lanjut kontrak 7,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi
Kerajaan telah bersetuju melanjutkan kontrak kira-kira 14,000 doktor perubatan, pergigian dan pegawai farmasi bagi tempoh dua tahun.
Rakyat Malaysia di luar negara dapat lanjutan tempoh sah pasport 2 tahun
Jabatan Imigresen Malaysia telah melanjutkan tempoh sah Pasport Antarabangsa Malaysia (MIP) mereka selama dua tahun.
COVID-19: Industri pelancongan Melaka ambil masa dua tahun untuk pulih
Industri pelancongan Melaka dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk pulih sepenuhnya ekoran impak penularan COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Kanak-kanak lelaki retak tulang kaki dilanggar kereta ketika bermain
Akibat pelanggaran, mangsa mengalami kecederaan retak tulang kaki kiri dan telah dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.
Kenyataan Azmin cerminkan pergolakan dalam PKR - Penganalisis
Awang Azman berkata, kenyataan Azmin bertentangan dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang mana sepatutnya Azmin perlu akur dengan keputusan tersebut.
Kanak-kanak hilang: Hanya kesan tapak kaki ditemui
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilapor hilang sejak jam 9.25 malam semalam di Kampung Serumah, Teng Bukap dekat Padawan Sarawak diaktifkan semula awal pagi.
Dua tahun jadi PM, hanya cadangan - Dr Mahathir
Sebaliknya, perdana menteri yang telah dua kali dilantik itu berkata, dua tahun itu bukan tempoh masa.
Tempoh lantikan dua tahun pastikan MB dan Exco di Pahang kerja keras
Dalam tempoh berkenaan, baginda akan meneliti prestasi mereka sebelum mengkaji semula tahap perkhidmatan yang telah diberikan untuk rakyat Pahang dan pembangunan negeri ini.