Mayat separuh bogel dijumpai sebelah Pasar Selayang

Astro Awani
September 12, 2014 15:30 MYT
Mayat sedang diangkat oleh pihak polis
Mayat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel telah ditemui di dalam sebuah longkang sebelah Pasar Selayang, pagi tadi.
Orang awam yang menemui mangsa kira-kira jam 8.00 pagi tadi itu pada mulanya menyangkakan ianya sampah terapung.
Mereka yang terkejut melihat mangsa yang terapung itu segera menghubungi polis.
Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang turut dikejarkan ke lokasi bagi mengangkat mangsa.
Hasil pemeriksaan forensik menemui kesan-kesan luka di badan mangsa. Namun, punca kematian tidak dapat dipastikan berikutan keadaan mangsa yang sudah kembung dimasuki air.
Menurut ketua polis daerah Sentul, ACP R. Munusamy, mangsa disyaki berbangsa asing mati lebih dari tempoh 24 jam.
Polis masih menyiasat sama ada kejadian berunsurkan jenayah atau sebaliknya.
Mayat dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
#lelaki #mayat #Selayang #separuh bogel
;