Mayat separuh badan ditemui terapung di sungai

Angelina Sinyang
Januari 28, 2020 21:21 MYT
Mayat seorang lelaki tidak cukup sifat ditemui terapung oleh penduduk kampung di Sungai Limbang. - Foto ihsan JBPM
Mayat seorang lelaki tidak cukup sifat ditemui terapung oleh penduduk kampung di Sungai Limbang, berhampiran Tanah Perkuburan Batu Miris dekat sini petang Selasa.
Para nelayan yang menemui mayat tersebut sekitar jam 2.30 petang, pada awalnya menyangka ia hanya objek hanyut namun terkejut apabila mendapati ia sebenarnya adalah mayat.
Menurut Ketua Bomba Zon 7 Sarawak Edmund D Mahai Amboh berkata, pihaknya telah bertindak mengerahkan satu pasukan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada jam 2.59 petang.
"Mayat separuh badan itu kemudian dibawa naik ke dalam bot dan diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, identiti mangsa belum dapat dikenal pasti sehingga proses bedah siasat dilakukan
Operasi tersebut melibatkan 10 anggota bomba dari Balai Bomba Limbang.
#Balai Bomba Limbang #dibaham buaya #Mayat separuh badan #mayat terapung #Sungai Limbang
;