'Mayat seorang wanita berkulit putih dalam keadaan sempurna ditemui' - Polis

Astro Awani
Ogos 13, 2019 09:36 MYT
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusof (kanan) ketika ditemui media hari ini mengenai penemuan mayat . - fotoBERNAMA
Polis mengesahkan pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 4 Ogos lalu telah menemui satu mayat di lokasi pencarian.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pihak polis menerima panggilan sekitar 1.57 petang tadi dari seorang individu yang menemui satu mayat di lokasi kira-kira dua kilometer dari lokasi remaja berkenaan dilaporkan hilang.
Beliau mengesahkan "terdapat satu mayat perempuan berkulit putih dalam keadaan sempurna ditemui."
BACA: Satu mayat ditemui sewaktu operasi SAR mencari remaja hilang Nora Anne Quoirin
BACA: 'Jangan cepat buat andaian mayat itu adalah Nora Anne!' - Lucie Blackman Trust
#Datuk Mohamad Mat Yusop #hilang #ketua polis negeri sembilan #mayat #Negeri Sembilan #Nora Anne Quorin #operasi #polis #remaja