Mayat seorang mangsa lemas di Sungai Aring Gua Musang ditemui

Astro Awani
Oktober 25, 2014 18:13 MYT
Mayat Mohd Nor Abdul Rahman, 47 tahun yang juga ketua kumpulan pertubuhan terbabit dijumpai sekitar jam 4 petang tadi.
Mayat salah seorang mangsa kejadian rakit karam yang menyebabkan dua peserta Pertubuhan Bentara Sakti Kuala Lumpur, yang dikhuatiri lemas di Sungai Ladang, Aring 10, Gua Musang, malam Jumaat dtemui petang tadi.
Mayat Mohd Nor Abdul Rahman, 47 tahun yang juga ketua kumpulan pertubuhan terbabit ditemui sekitar jam 4 petang tadi oleh pasukan penyelamat dan dihantar ke hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga.
Dalam kejadian kira-kira 9.20 malam tadi, mangsa bersama seorang lagi, Nasrul Hafis Shahrudin, 29, terjatuh kira-kira 15 meter dari kawasan perkhemahan mereka sebelum kedua-duanya dihanyutkan arus sungai.
Rakit buluh yang dinaiki mereka dipercayai melanggar batu di tengah sungai.
Operasi mencari membabitkan polis, anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam masih diteruskan.
#bomba dan penyelamat #Gua Musang #lemas #Sungai Aring
;