Mayat reput kakitangan universiti ditemui di asrama kampus
Fauzi Suhaimi
Mei 17, 2020 23:24 MYT
Mei 17, 2020 23:24 MYT
Seorang wanita dipercayai kakitangan sebuah universiti ditemui meninggal dunia di sebuah asrama di universiti berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, mangsa merupakan seorang wanita berusia 34 tahun ditemukan dalam keadaan mereput dan berbau di atas lantai bersebelahan dengan katil dalam biliknya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa juga merupakan seorang felo di salah sebuah kolej di universiti berkenaan.
"Hasil siasatan lanjut mendapati, keadaan dalam bilik mangsa tidak terusik dan kami tidak mengesyaki perbuatan jenayah berlaku terhadap mangsa.
"Mangsa juga mengidap penyakit kencing manis yang serius sejak berumur 16 tahun lagi dan bergantung pada insulin," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Noor Azam menambah, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
#ditemui mati
#felo universiti
#Hospital Serdang
#insulin
#Ketua Polis Selangor
#perintah kawalan pergerakan