Mayat reput ditemui terdampar di pantai

Astro Awani
Januari 3, 2022 19:05 MYT
Mayat reput ditemukan terdampar di pesisir pantai Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit pada Isnin.
KUALA NERUS: Mayat reput ditemukan terdampar di pesisir pantai Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit pada Isnin.
Mayat tanpa identiti itu ditemui penduduk kampung sekitar pukul 8 pagi ketika melalui kawasan pantai tersebut.
Susulan itu penduduk terbabit menghubungi pihak polis memaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya masih mengesan identiti mayat berkenaan.
Jelasnya, jantina mayat juga belum dipastikan berikutan keadaan mayat yang mereput.
Katanya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Batu Rakit untuk proses pengecaman.
Beliau berkata, mayat tersebut dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.
#mayat reput #terdampar di pantai #Kampung Mengabang Panjang #terengganu
;