Mayat reput dalam kotak adalah warga asing - polis
Bernama
Mei 24, 2015 13:00 MYT
Mei 24, 2015 13:00 MYT
Mayat seorang wanita yang ditemui telah reput dan disumbat dalam kotak di tepi belukar di Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah di sini semalam dipercayai merupakan rakyat asing.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata bedah siasat mendapati tiada kecederaan luaran atau dalaman pada mayat.
"Sebab kematian wanita itu diklasifikasi akibat pereputan teruk," katanya.
Beliau berkata wanita itu dipercayai telah mati antara seminggu hingga satu bulan lalu.
Kotak yang berisi mayat itu ditemui seorang pencari tin dan botol.