Mayat remaja lelaki ditemukan di pantai Sungai Miri

Bernama
Oktober 4, 2021 11:08 MYT
Al Faiez ditemukan terapung tidak jauh dari pantai Sungai Miri diselamatkan setengah jam kemudian selepas operasi SAR dijalankan. - Foto BERNAMA
LABUAN: Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas mandi-manda bersama abang tirinya semalam, ditemukan di pantai Sungai Miri, di sini hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Al Saeif Manahan, 17, ditemukan terdampar di pantai berkenaan oleh pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan pada 5 pagi tadi.
Pengarah JBPM Labuan Ismaidi Ismail berkata ketika kejadian 2 petang semalam, mangsa dipercayai berenang di pantai itu bersama abang tirinya Al Faiez Rizal Adnan, 23, kira-kira 1 tengah hari sebelum insiden berkenaan.
Bagaimanapun, Al Faiez ditemukan terapung tidak jauh dari pantai itu dan diselamatkan setengah jam kemudian selepas operasi SAR dijalankan.
-- BERNAMA
#sungai Miri #JBPM Labuan #berenang di pantai #mandi-manda #mayat remaja lelaki
;